PROGRAM MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
MELALUI
PEMBANGUNAN ORGANISASI (PrOD) FASA 1
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Titi
Teras terletak di dalam kampung Titi Teras dalam kawasan Daerah Barat Daya. Ia
ditubuhkan pada 1896 yang hanya terdapat dua buah blok sahaja, iaitu blok A dan
blok B. Dinding pada kedua-dua buah bangunan ini adalah diperbuat daripada
kayu.
Blok A menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru, kelas, dan dewan.
Apabila terdapatnya upacara penting seperti majlis penyampaian hadiah, dinding
penghadang di antara kelas akan dibuka untuk mendapatkan satu ruangan yang luas
iaitu dewan. Blok B pula menempatkan perpustakaan dan kelas. Satu sudut di
perpustakaan digunakan sebagai ruangan koperasi. Kemudahan-kemudahan awal lain
yang terdapat disekolah ini adalah terhad seperti bilik kesihatan, pusat sumber
dan kantin.
Kerja-kerja awal pembinaan bangunan baru mula dijalankan pada tahun
1996. Bangunan baru empat tingkat ini dibina di atas tapak yang terletak
bersebelahan dengan Blok B. Setelah empat tahun kerja-kerja pembinaan
dijalankan, bangunan ini siap diduduki pada awal tahun 2000. Semua kelas, pejabat
pentadbiran, bilik guru, dan perpustakaan seterusnya dipindahkan ke bangunan
baru. Bangunan baru ini diperlengkapkan lagi dengan kemudahan pembelajaran yang
lain seperti makmal sains, bengkel kemahiran hidup, dan beberapa kemudahan lain
lagi.
Blok A masih dikekalkan tetapi diubah suai menjadi Prasekolah, kelas khas
bermasalah pembelajaran (KKBP) dan surau. Prasekolah mula ditubuhkan pada tahun
2003 dengan jumlah murid seramai 23 orang. Prasekolah ini juga diberi nama
Tunas Bestari. Nama ini dipilih kerana bertepatan dengan hasrat sekolah untuk
mengasuh dan mendidik kanak-kanak dari peringkat bawah ke arah melahirkan insan
yang cemerlang berilmu, beriman, berdisiplin dan bertakwa bagi membentuk insan
yang kamil dunia dan di akhirat. Prasekolah Tunas Bestari ini juga mempunyai
seorang guru dan seorang pembantu. PKBP yang kini dikenali PPKI pula ditubuhkan
pada tahun 2000 bagi menempatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran.
Blok B pula diubahsuai menjadi sebuah dewan. Makmal komputer pula
dibina di atas tapak yang dahulunya adalah rumah kakitangan sekolah.
Sehingga
kini terdapat sebanyak 11 buah kelas yang diwujudkan iaitu 9 kelas untuk tahun
satu hingga tahun enam, satu kelas untuk PPKI dan satu lagi kelas untuk
Prasekolah dengan bilangan murid seramai 283 orang dan guru seramai 35 orang
serta 6 orang staf sokongan. Selain daripada itu sekolah ini juga tidak
ketinggalan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum
apabila ada diantara pelajarnya yang berjaya mewakili negeri dalam perlawanan
hoki peringkat kebangsaan.
No comments:
Post a Comment