mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang
telah ditetapkan
oleh unit
SPBT sekolah sebagaimana berikut :
•Mengisi borang pinjaman buku teks sebagai bukti kelayakan dan
direkod untuk pengiraan stok.
•Menjaga dan menyayangi buku SPBT
•Memastikan buku SPBT
sentiasa berada di dalam keadaan baik dan
selamat.
•Membalut buku teks dengan menggunakan plastik lut sinar.
Penggunaan
stapler, double-sided, binding tape adalah dilarang
sama sekali.
•Membawa buku ke sekolah mengikut jadual.
•Menulis nama dan tahun dalam ruangan yang
disediakan pada cap SPBT di setiap buku.
•Tidak menghilangkan buku teks yang
diberi oleh pihak sekolah
•Tidak mengoyakkan helaian buku teks, tidak menulis atau menconteng buku teks kecuali buku aktiviti.
•Tidak memberi pinjam kepada pelajar
lain.
•Memulangkan buku teks yang
dipinjam pada tarikh yang ditetapkan.
•Mengganti dengan segera buku-buku yang
hilang atau rosak dengan harga buku Teks sebelum tibanya hari pemulangan buku teks. Buku yang hendak dipulangkan mestilah dalam kondisi yang
baik dan berikat. Gantian buku hilang / rosak hendaklah dibuat segera.
•Tidak meletakkan buku teks di merata-rata
tempat serta di bawah meja di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan. Wajib membawa balik buku teks SPBT
setiap hari dan tidak meninggalkan buku teks SPBT
di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment